Jarak Sosial Selesa Plaza Premium Lounge



Dalam zaman COVID-19 sekarang, ramai antara kita yang masih ragu-ragu jika keadaan betul-betul selamat ketika di lapangan terbang. Semasa menunggu penerbangan pun rasa risau jika kurang penjarakan sosial di kawasan awam seperti di restoran, tempat duduk di kawasan menunggu dan sebagainya.
Alangkah bestnya kalau boleh duduk dengan keluarga dalam ruang khas seperti penumpang Kelas Pertama atau Business Class, bukan? Namun, bukan semua orang mampu tempah tiket penerbangan semahal begitu.
Bagaimanapun, jika anda mahukan ketenangan semasa menunggu penerbangan berlepas, ada caranya walaupun anda cuma menempah tiket ekonomi, iaitu dengan menempah sesi di Plaza Premium Lounge. Di Malaysia, Plaza Premium Lounge terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan klia2), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Kedah, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Tambahan pula, Plaza Premium Lounge telah meningkatkan prosedur layanan pelanggan di setiap cawangan agar lebih sesuai dengan keadaan sekarang. Di lobi masuk, setiap pengunjung perlu diambil suhu badan, sementara ruang duduk dan rehat pula telah disusun semula agar setiap pelanggan duduk dalam jarak yang sesuai dengan pelanggan lain. Setiap ruangan Plaza Premium Lounge ini juga sentiasa disanitasi mengikut masa-masa yang ditetapkan. Makanan pula tidak dihidangkan secara bufet tetapi akan disediakan selepas dipesan. Ini bermakna makanan yang anda terima masih panas dan segar, dan anda pula boleh memesan hidangan seberapa banyak kali yang anda suka semasa di Plaza Premium Lounge.

Satu Harga Untuk Pelbagai Guna
Di Plaza Premium Lounge, bayarannya sebanyak RM142.45 seorang untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan di sini selama satu jam. Untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 11 tahun pula, bayarannya sebanyak RM99.70 sejam (percuma untuk yang berumur bawah 2 tahun). Perkhidmatan ini disediakan untuk semua pelanggan yang akan berlepas, tidak kira syarikat penerbangan mana mahupun kelas penerbangan anda. Ya, anda boleh menggunakan Plaza Premium Lounge walaupun anda menempah tiket ekonomi berharga RM1 dengan AirAsia!
Caj yang dikenakan juga sebenarnya agak berbaloi jika anda perlukan tempat yang selesa dan selamat untuk berehat sementara menunggu waktu berlepas. Tambahan pula, hidangan makanan serta minuman termasuk kopi dan teh disediakan secara percuma (tentunya termasuk dalam harga yang anda bayar). Jika sebelum ini anda akan ke medan selera, restoran makanan segera atau kopitiam mahal untuk menjamu selera sementara menunggu waktu berlepas, kini anda boleh makan hingga kenyang dalam keadaan yang lebih selesa tanpa perlu berasak-asak dengan orang ramai.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan bilik mandi yang dilengkapi shower untuk segarkan badan, di mana anda dibekalkan dengan kelengkapan produk mandian dan grooming.
Secara ringkasnya, kelebihan menggunakan Plaza Premium Lounge seperti berikut:
- Menunggu dalam keadaan selesa dan selamat
- Penjarakan sosial diterapkan dengan sempurna
- Barang dan bagasi anda juga lebih terjamin keselamatannya
- Makanan dan minuman disediakan tanpa caj tambahan
- Boleh menonton televisyen sambil menunggu
- Terdapat meja selesa untuk mereka yang mahu bekerja, dilengkapi sumber kuasa elektrik untuk cas bateri telefon atau komputer riba
- Boleh segarkan badan dengan kemudahan bilik mandi
- Anak-anak anda pula tidak berlari-lari ke sana sini kerana segalanya terdapat di satu tempat dengan tempat duduk selesa
- Perkhidmatan WiFi juga disediakan
Sementara itu, maklumat penerbangan juga dipaparkan pada skrin di ruangan lounge agar anda dapat tahu perkembangan terkini dan status penerbangan anda.

Pengguna Kad Kredit Boleh Gunakan Plaza Premium Lounge Dengan Percuma
Jika kad kredit yang anda gunakan merupakan rakan usahasama dengan Plaza Premium Lounge, anda mungkin dapat menggunakan kemudahan Plaza Premium Lounge secara percuma. Contohnya, pengguna kad kredit Citibank boleh menggunakan kemudahan ini secara percuma sehingga 3 jam, sementara sesiapa yang datang bersama mereka boleh mendapatkan potongan 50% daripada harga asal. Pihak Citibank menawarkan perkhidmatan ini sebagai hadiah buat para pengguna kad kredit mereka dan ia boleh digunakan sebanyak 6 kali. Selepas penggunaan kali ke-6, pelanggan boleh menempah Plaza Premium Lounge pada potongan harga sebanyak 50% iaitu pada caj RM72 sahaja seorang.
Bagi pengguna kad kredit lain pula, anda boleh menyemak dengan bank masing-masing untuk mengetahui jika kad kredit anda layak di bawah program sebegini. Terma dan syarat berbeza-beza bagi setiap kad atau setiap bank, jadi lebih baik dapatkan maklumat yang tepat terlebih dahulu. Jika kad kredit anda layak mendapatkan perkhidmatan percuma atau pada harga diskaun, jangan lepaskan peluang untuk menunggu penerbangan berlepas dengan lebih selesa, selamat dan penuh gaya.
Untuk maklumat lanjut, layari plazapremiumlounge.com atau hubungi 03-8776 2338 untuk sebarang pertanyaan.
From an avid magazine reader in her teens to a writer and editor today, Zurien honed her skills at various publications including CLEO, K-Zone, Prestige, The Malaysian Women’s Weekly, LISA Malaysia, MSN.com.my, GLAM Junior, Going Places, kayak.com, HerInspirasi.com, Harper’s Bazaar Malaysia, Tropicana Magazine and Convergence by Malaysia Airports. Zurien hopes to inspire readers to enjoy the best of travel and lifestyle experiences at Gadabout.